Khamis, 30 April 2015

Selaminya. ..

Tanpa sebarang bicara Nurra harus melangkah lagi.....baginya inilah jalan yang terbaik untuk semua.

        Peristiwa semalam benar-benar mengguris hatinya. Suka atau tidak Nurra perlu menerima hakikat.Takdir di depan mata.
        Terbayang satu-persatu....saat Zain mengungkapkannya, " Nurra......saat ini ada insan lain yang mula bertahta di hatiku...."ungkap Zain ringkas. APA yang harus dibalas oleh Nurra...kecuali pandangan kabur dengan pecahan air mata terkilan. Sementelah hatinya hancur berkecai!!!.
         Zain....sampai hati kau menidakkan aku,setelah aku serahkan harapan dan rasa kasihku selama INI.....hanya itu bisikan yang mampu diungkapkan Nurra....

Jumaat, 8 Oktober 2010

Mungkinkah...

Liyana cuba menenangkan hati Nurra...baginya jika Nurra terluka, dia merasai kesakitan itu. Bukan mahu mendabik dada...tapi Liyana tahu siapa Nurra. Nurra gadis ayu, bukan terlalu jelita bagai Aishwarya Rai, tapi dia ada segalanya. Wajah bujur sireh dengan pakej lengkap budi yang tinggi. Tidak lembik tapi bukan ganas seperti yang digambarkan, namun cukup memenuhi kehendak mata dan peradaban orang Melayu khususnya. 
        Ini kali pertama Nurra lama berada di kampung setelah bertahun melarikan diri daripada sesuatu yang menyakitkan. " Sudahlah Nurra...tak baik dikenang kembali, tiada untungnya......ingat-ingat kesihatan kau tu. Karang apa-apa hal susah aku dan Mak Lia," cetus Liyana. Bagi Liyana dan Mak Lia, panggilan untuk ibu Nurra, tiada apa yang menjadi keutamaan selain kegembiraan Nurra. 
            Nurra dilihat kian bungkam dengan wajah sugul tanpa sepatah kata. Hanya lirik mata yang berkata-kata mahu menggambarkan gelora hatinya. Namun tak sebutir kata terpacul daripada mulutnya. Apa yang pasti, saat seperti inilah yang ingin dielakkan , namun apa kudrat Liyana apabila situasi tetap terjadi. " Nurra, aku rasa tak payahlah kau fikirkan sangat pasal tu........aku tak mahu kau macam ni....cukuplah tu. Aku rasa kita batalkanlah rancangan kita ke pekan ni. Esok sahaja kita pergi, lagipun dah lewat benar ni. Aku sebagai sahabat kau, tak nak kau terganggu lagi. Aku balik dulu k........ok tak ni?". 
         Dilihat Nurra menganggukkan kepala, Liyana faham bahawa keadaan masih terkawal. " Yana.....dah nak balik dah ?" sapa Mak Lia tika bertembung di muka pintu. Liyana tersenyum dan menganggukkan kepala. Diiringi langkah Liyana dengan hati yang bercelaru di hati Mak Lia. Menjenguk Nurra yang masih bertongkatkan dagu di muka tingkap, Mak Lia terus beredar ke dapur. Tidak mahu mengganggu resah hati anaknya, baginya Nurra harus menerima kenyataan atas apa yang sudah ditakdirkan harus diterima takdir itu dengan redha. Tidak kira sesukar dan sepahit mana kenyataan itu. Nurra cuba menahan getar hatinya yang pedih, cuba ditahan air mata yang mula ingin menitik. Jika boleh tidak mahu setitis air mata perlu ditumpahkan lagi. 
          Cukuplah yang lalu....tapi sekuat mana jiwa seorang gadis itu. Hanya air mata yang mampu menghuraikan segalanya...tentang dia, Zain dan Sarah!. Mungkinkah air mata akan tetap gugur ????!!!! mungkinkah?

Rabu, 29 September 2010

Pengenalan

Nurra terus meluru ke dapur dengan langkah yang pantas. Menjengah ke kiri dan kanan memerhati dari mana arah bunyi yang kedengaran tadi. Ah....lega rasanya, rupanya Si Kuning menyelongkar ikan di bawah saji. Ceh!....ingatkan apa tadi. Melihat situasi yang kembali tenang, dia kembali ke ruang tamu, maklum semenjak tadi hidung Liyana masih tak kunjung tiba. Janji tepat 5.00 pm terpacul di dada pintu masih tak kelihatan. " Inilah janji Melayu...." dengus Nurra.
      Liyana bukan orang lain di hati Nurra, baginya Liyana ialah sahabat baik dunia dan akhirat. Semenjak kecil mereka berjiran di tambah pula ibu Liyana juga sahabat karib Puan Alia, ibu Nurra. Jam di tepi pintu sudah pun menunjukkan angka 5.16 pm, Nurra bingkas lalu mencapai telefon bimbit pemberian Iman, " Baik aku call......entah jadi entah tidak ni.....". Tepat tekaan Nurra , Liyana baru sahaja menuruni tangga .....baru keluar rumah. Kurang asam betul dia ini....nanti kau siap aku bubuh cili dengan asam biar jadi pencicah ikan bakar..... Sementelah menantikan Liyana, Nurra santai di beranda rumah.....malas untuk naik ke rumah semula.
          Sedang bermenung baju apa yang ingin dipakai untuk majlis kenduri nanti....Nurra jadi terkedu, kereta hitam yang biasa dia lihat melintasi jalan hadapan rumah. Ah...tak mungkin,bisik hatinya.......... kereta pelanduk dua serupa pujuk hatinya agar kembali aman seperti sebelumnya 
    Namun, ruang hatinya mula gelisah.....hatinya bagai dihambat sesuatu...fikirannya mula menerawang jauh....tidak mungkin!...tidak mungkin...pujuk hatinya.